TAHNIAH!! ANDA TELAH MEMENANGI SEBUAH BANGLO MEWAH!! Klik sini!

Sunday, 16 January 2011

hiatus

Setahun kemudian..(konon macam flashforward)

Tajuk di atas tidak berkaitan dengan mana2 terma biologi walaupun bunyinya macam nama organ dalaman. Malah ia juga bukan kata2 carutan yang dialih bahasa ke mana2 bahasa asing. Ia adalah perkataan dari bahasa orang putih(bukan snowman) yg bermaksud ketiadaan aktiviti dalam waktu tertentu. Eh? Sedap juga mencarut guna perkataan ni. HIATUS betul kau! OK sila abaikan.

Maaf jika aku berehat terlalu lama sehingga korang telah fikir blog ni telah berkubur. Dan sepatutnya aku update blog ni pada dua minggu lepas sebagai konon sambungan dari post lepas selepas setahun berlalu. Tapi disebabkan keyboard yang tidak berfungsi dan peruntukan dari kerajaan yg lambat diberi hingga aku tangguhkan niat aku sampai hari ni. Kalau aku cakap alasan speaker rosak tak keluar bunyi, apa motif dengan tak boleh update blog ya tak?

Mesti korang rindu aku kan?(sambil kena pijak perut ramai2) Mesti korang tertanya2 kenapa aku menghilang setahun ni. Kalau korang tak tertanya2 pun buat2 je la untuk cover malu aku. Tak kurang juga yg buat spekulasi sendiri pasal ni di blog masing2 seperti kemungkinan aku telah mengalami kemalangan ngeri, dalam mimpi, pasal tidur tak basuh kaki. OK tak elok tipu. Lain kali aku buat post pasal ni.

Aku nak tulis lagi tapi dah hilang idea pula. Tak perasan ada semut belajar berenang pula dalam air aku minum petang tadi. OK sekian, terima kasih.

p/s: Alamak, selasa ni ada kuiz subjek security!(sambil log in facebook nak main zynga poker)

6 cacian hamun:

Sesopie said...

Setahun x update blog? Record niee..

...cintajihad... said...

hoh
ingat sudah berkubur ^^

Natsu said...

@sophie
ok rekod utk seterusnya pula, dua tahun tak update blog, bermula dari sekarang..

@cintajihad
aku korek balik kubur tu.

Orkid Edyliyne said...

huh... lama tu...
menghilang entah ke mana...

(n_n)

misz benida said...

bile bkk in blog,
jantung aku berhenti.
terkejut kot dgn perubahan nye.
sp ade words yg bergerak2 gitu..
lamo bena xbkk blog ni..

Natsu said...

@orked
tak menghilang. menyorok je.

@misz benida
nasib baik ko ingat lagi link blog ni.